Memaparkan catatan dengan label putus hubungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putus hubungan. Papar semua catatan

23 Oktober, 2009

KEMANA HILANGNYA NILAI PERSAHABATAN?

lately ni aku banyak berjumpa dan bercontact dengan kawan2 lama aku masa sekolah dulu . ada yang dtg rumah . ada yang call . ada yang just 'friendstering' , 'myspacing' dan macam2 lagi cara . ingat lagi diorang kat aku . walaupun dah lama x jumpa . tapi ingatan diorang kat aku masih kuat . aku hargai sangat semua itu .

perkara ni membuatkan aku merasakan persahabatan itu memberikan kebahagiaan yang mutlak dalam kehidupan seseorang . mane taknya, asal jumpe je ada je benda nak dibuat dengan diorang . dan bila dengan diorang , aku tak perlu segan atau sembunyikan siapa aku sebenarnya sepertimana aku sembunyikan diri aku di depan keluarga .

bukan hipokrit , cuma aku x pasti keluarga aku akan dapat menerima aku sepenuhnya jika aku berterus terang . ye la , diorang ada hak untuk tentukan itu ini dalam hidup aku . jadi untuk mengelakkan aku hidup dalam penjara mewah , aku terpaksa merahsiakan .

BFF n TYA pon taw kisah yg mana aku pnah stay kat seremban selama 6 bulan . bukan senang nak tempuh . kerana merasakan persahabatan itu sangat mulia , aku berkeras meningggalkan keluarga untuk hidup bersama rakan2 . walhal mak n kakak sulong aku yang selalu bising n amik berat pon aku tak dengar . aku buat tak endah je . kerana aku ingin membantu kumpulan tarian aku yang sememangnya tidak pernah mendatangkan hasil sebaliknya kerugian besar yang diorang sendiri tak mampu nak membayarnya disamping mencari kepuasan aku untuk bebas . bebas tanpa menyimpan siapa aku sebenarnya . umur aku tersia2 macam tuh jer hanya sekadar nak menolong dan menjaga hati .



selama lima bulan aku duduk di taman college height . dengan sepasang insan yang aku anggap macam keluarga sendiri . memberi pertolongan yang asalnya dikatakan dari hati yang ikhlas . 2 3 bulan pertama memang seronok . aku mula nampak dan dapat merasai nikmat kebebasan mutlak . tapi malangnya susu cepat basi . hubungan yang aku ibaratkan seperti sebuah perkahwinan mula retak sedikit demi sedikit .

dan yang membuat aku lebih nazak bila aku mendapat tahu yang mereka mengata belakang mengenai aku sedangkan mereka boleh menyelesaikannya dengan bersemuka . bukan jauh sangat pun . sebelah bilik je . tapi didepanku , memang malaikat . pijak semut pun tak cedera apa lagi mati . akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari kemelut dan mencari kehidupan baru . aku kembali bersama keluarga yang aku anggap tidak memberi kebebasan . baru dua minggu aku kembali kesini dua 'malaikat' itu sudah mula meminta2 sedangkan aku baru sahaja dilahirkan kembali . merangkak pun masih belum pandai . apa lagi berlari ?

aku kesal dengan sikap mereka . nilai persahabatan yang dulunya ku pandang tinggi kini aku letak ketepi . duit lah yang menjadi punca segala keretakan di dalam hubungan kami . keikhlasan yang ditabur sebelum ini rupanya hanya omongan kosong dan janji manis yang mendatangkan penyakit kronik semata . aku redha . perkahwinanku dengan sepasang 'malaikat' berakhir sekelip mata . aku redha dan aku gembira kerana aku memilih jalan tepat untuk kembali bersama keluargaku yang sememangnya tidak pernah memangdang kekurangan yang ada padaku .

kepada BFF dan TYA . nilai persahabatan bagiku sangat tinggi bila berada di samping kamu semua . alhamdulillah , aku bersyukur diberi peluang menjadi salah satu kenangan dalam hidup kamu semua . aku berharap dan berdoa kepada Allah agar niatku untuk bersama kamu sehingga ke syurga diperkenankanNya .

amin ya rabbal alamin .

20 Oktober, 2009

we were torn apart =(

aku ingat lagi dulu ... masa mula2 aku melihat dia ... memang mata aku tidak berkelip . orangnya memang dari jauh nampak sangat redup matanya . masa tu dia bejalan keseorangan . aku teringin untuk menegurnya . tapi gemuruh jiwaku membuatkan darahku menjadi beku . tulangku mereput lalu menghilangkan seluruh upayaku untuk bergerak .

tapi dia seakan memahami maksudku, bahawa aku inginkan dia menjadi cintaku . dia mengangkat mukanya sebagai tanda menerima maksudku . serta merta jantungku berdegup kencang mengalirkan darahku yg tadinya beku menjadi deras sederas2 nya . aku hanya mampu tersenyum sendiri sambil berdoa harapanku menjadi kenyataan .

lama kelamaan, kami menjadi kawan rapat. memang banyak perkara kami lakukan bersama . mendaki,menonton,menyanyi,makan,minum,malah tidur pun sebantal.pada waktu itu aku sangkakan akulah kekasihnya.setiap masalah diajukan padaku.setiap niat perilaku disampaikan padaku terlebih dahulu.terasa diriku sangat penting pada dia.

bak kata orang tua, mimpi tak semuanya indah. begitu juga dengan persahabatan kami.setelah kegagalan dia mendapatkan apa yang dia nak ... dia terus berubah.bukan macam dulu.bukan macam yg dulu.

aku tak salahkan dia. mungkin banyak silap dari pihak aku. cuma yang aku kesalkan ... akhirnya kami terpisah jugak walaupun aku dah cuba pertahankan apa yang aku ingin pertahankan.aku yang banyak bersungguh mencari dia.ambil tau hal dia walaupun kami jauh.

apa yang aku korbankan seolah2 tak penting. dia just 'take thing easy' je bila ngan aku.takpelah.farewell my friend.semoga kamu bahagia dengan kehidupan baru tanpa kawan yang melecehkan macam aku.




sayonara, ichiro shinji