23 Oktober, 2009

KEMANA HILANGNYA NILAI PERSAHABATAN?

lately ni aku banyak berjumpa dan bercontact dengan kawan2 lama aku masa sekolah dulu . ada yang dtg rumah . ada yang call . ada yang just 'friendstering' , 'myspacing' dan macam2 lagi cara . ingat lagi diorang kat aku . walaupun dah lama x jumpa . tapi ingatan diorang kat aku masih kuat . aku hargai sangat semua itu .

perkara ni membuatkan aku merasakan persahabatan itu memberikan kebahagiaan yang mutlak dalam kehidupan seseorang . mane taknya, asal jumpe je ada je benda nak dibuat dengan diorang . dan bila dengan diorang , aku tak perlu segan atau sembunyikan siapa aku sebenarnya sepertimana aku sembunyikan diri aku di depan keluarga .

bukan hipokrit , cuma aku x pasti keluarga aku akan dapat menerima aku sepenuhnya jika aku berterus terang . ye la , diorang ada hak untuk tentukan itu ini dalam hidup aku . jadi untuk mengelakkan aku hidup dalam penjara mewah , aku terpaksa merahsiakan .

BFF n TYA pon taw kisah yg mana aku pnah stay kat seremban selama 6 bulan . bukan senang nak tempuh . kerana merasakan persahabatan itu sangat mulia , aku berkeras meningggalkan keluarga untuk hidup bersama rakan2 . walhal mak n kakak sulong aku yang selalu bising n amik berat pon aku tak dengar . aku buat tak endah je . kerana aku ingin membantu kumpulan tarian aku yang sememangnya tidak pernah mendatangkan hasil sebaliknya kerugian besar yang diorang sendiri tak mampu nak membayarnya disamping mencari kepuasan aku untuk bebas . bebas tanpa menyimpan siapa aku sebenarnya . umur aku tersia2 macam tuh jer hanya sekadar nak menolong dan menjaga hati .



selama lima bulan aku duduk di taman college height . dengan sepasang insan yang aku anggap macam keluarga sendiri . memberi pertolongan yang asalnya dikatakan dari hati yang ikhlas . 2 3 bulan pertama memang seronok . aku mula nampak dan dapat merasai nikmat kebebasan mutlak . tapi malangnya susu cepat basi . hubungan yang aku ibaratkan seperti sebuah perkahwinan mula retak sedikit demi sedikit .

dan yang membuat aku lebih nazak bila aku mendapat tahu yang mereka mengata belakang mengenai aku sedangkan mereka boleh menyelesaikannya dengan bersemuka . bukan jauh sangat pun . sebelah bilik je . tapi didepanku , memang malaikat . pijak semut pun tak cedera apa lagi mati . akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari kemelut dan mencari kehidupan baru . aku kembali bersama keluarga yang aku anggap tidak memberi kebebasan . baru dua minggu aku kembali kesini dua 'malaikat' itu sudah mula meminta2 sedangkan aku baru sahaja dilahirkan kembali . merangkak pun masih belum pandai . apa lagi berlari ?

aku kesal dengan sikap mereka . nilai persahabatan yang dulunya ku pandang tinggi kini aku letak ketepi . duit lah yang menjadi punca segala keretakan di dalam hubungan kami . keikhlasan yang ditabur sebelum ini rupanya hanya omongan kosong dan janji manis yang mendatangkan penyakit kronik semata . aku redha . perkahwinanku dengan sepasang 'malaikat' berakhir sekelip mata . aku redha dan aku gembira kerana aku memilih jalan tepat untuk kembali bersama keluargaku yang sememangnya tidak pernah memangdang kekurangan yang ada padaku .

kepada BFF dan TYA . nilai persahabatan bagiku sangat tinggi bila berada di samping kamu semua . alhamdulillah , aku bersyukur diberi peluang menjadi salah satu kenangan dalam hidup kamu semua . aku berharap dan berdoa kepada Allah agar niatku untuk bersama kamu sehingga ke syurga diperkenankanNya .

amin ya rabbal alamin .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan