21 Oktober, 2009

PANTUN PERPISAHAN

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi





miss u a lot bff & tya ... sob sob sob =(

4 ulasan:

  1. we missin u too kusha...
    sob sob sob...

    BalasPadam
  2. oiiiii...
    pantun mmg best...
    asal xmsok pertandingan pantun?
    hahahahaha....
    kat cnie org wat luahan hati jew...
    ko jngn nk menyongsang ea...
    hahaha..

    BalasPadam
  3. there no such words of farewell yang!
    bff will owez there.
    xoxo!

    BalasPadam
  4. uhuk2 ...
    im damn much miss in uou guyz .

    BalasPadam